Monday, January 9, 2012

~Tribute to WQW685~

Sebak rasa hati nak menulis entri ni...
Tapi sebagai salah satu insiden yang berlaku dalam perjalanan hidup i & family.. terpaksa juga catatkan dalam blog ni..
Sape2 yang baca blog i mesti tau i ade sebiji kete kesayangan... yang i beli hujung tahun 2007 & mula pakai Januari 2008. Kete biase je, bukan kete mewah pun.. tapi sentimental value untuk i sangat tinggi.. Iyelah.. harta pertama kan.
Hari Sabtu lepas, Hubby xde, kuar cycling dgn kawan dia. Then i kena pegi Selayang, nak tempah baju sekolah Ayin & hantar baju i kat tailor. Keluar rumah dalam 10.45 pagi. Drive macam biasa, lepas 5-10 minit tu.. tiba2 asap keluar dari aircond.. bukan bau asap dari luar, asap tu lain macam sgt, warna hitam mcm ade benda terbakar.
Terus x tunggu, signal ke kiri, on hazard.
Then i suruh Ayin keluar.. pastu i keluar & call Hubby. x sampai seminit i pegi balik kat kete, bukak je pintu nampak asap hitam dah penuh dalam kete.. rupanya ada api kat tempat letak kaki co pilot..
Terus i pegi balik kat kedai2 tu mintak fire extinguisher, sorang pun x tolong, semua diam je berdiri depan tu. Tengok seolah2 macam drama je. I ni heret la Ayin ke hulu ke hilir mintak tolong. Bila dah rasa helpless, i duduk je & tengok kereta terbakar depan mata.
10 minit pertama


dalam 15-20 minit, sekelip mata terbakar hangus


ni lepas i pegi balik bila dah settle kan police report

Total lost.. tergamam x terkata apa

Last week baru pegi repair windscreen depan yang dah setahun lebih crack tu

Tayar pun baru tukar...
Tapi jodoh dengan Swift ni hanya 4 tahun.. betul2 bulan yang sama i mula pakai 4 tahun lepas.

Kadang2 harap semua ni mimpi.. tapi bila tiap kali keluar, tengok parking kosong..
I sedih.. mengalir jugak airmata..
Nak dapatkan kete tu bukan senang, i bukan banyak duit nak tabur je beli kete lain..
Yang ni pun hutan x setel lagi.. even insurans cover pun, belum tentu 100%. Silap2 kena tambah lagi payment. Duit bayar, kereta dah xde.
Tapi xpe lah.. i dah redha pun.. ada hikmah sebalik semua ni..Yang penting, i & Ayin selamat & x cedera. Dalam kete pun xde dokumen penting i simpan. Cuma sunglasses Guess yg Hubby bagi dulu & smart tag je pun. Benda boleh beli.. Nyawa tu yang penting..
For me, it's not a good start for 2012.. but things happen for a reason.. & i accept it without any regret.
To Jas, Abg Anep... Thanks  a lot...
Kalau korang xde.. aku xtau camne nak hadapi semua tu..
To my Swift WQW685... saya tetap akan ingat & sayang awak walaupun awak dah xde....
~12 Januari 2008- 7 Januari 2012~

Thursday, January 5, 2012

~Orkid lahhh~

Masa cuti tu.. mak i ikut balik KL sebab nak uruskan adik bongsu praktikal kat Shah Alam. Then, daripada boring je mak melanguk kat umah, i bawak jenjalan ke Ikea & terus ke Taman Orkid.
Kalau sesapa yang suka orkid, i advise, pegi le beli kat Taman Orkid Tasik Perdana. Harga murah gile & dia bole ajar camne nak jaga semua orkid2 tu. Baja pun ade jual & kalau nasib baik, datang time dia baru amik stok.. memang drooling lah tengok segala jenis orkid. Kalau kat Sungai Buloh, anak pokok pun jual satu pasu 15.. kat situ, bukan anak pokok, mak pokok pun jual 3 RM15 maknanya satu pokok 5 hengget sajok.


Ni orkid liar, korang bole jumpa kat tepi2 jalan otw ke Cameron Highland

Ni hasil belian

Ni mak punya, RM25 sajo

Ni RM15 sajo

Yang ni 3 pasu RM15 bole campur2
orkid kaler purple & kuning kat bawah ni i beli sekali




Haa... yg ni paling senang jaga, tanam je tepi umah, nanti pandai le dia hidup.

Tapi yang geramnya kan.. i da susun elok2 kat tepi tu.. tetiba esoknya nampak daun ade yg layu..
Rupanya, kucing buat onar.. di kencing nya orkid aku!
Hishhh... nak kena rembat diorang nih... geram je rasa!
So location orkid ni sebenarnya dah pindah tempat lain.. nanti le ade masa i amik gambo lain.. :)

Wednesday, January 4, 2012

~Aktiviti rutin kalau balik kampung~

Setiap kali balik kampung, memang tempat yang wajib gi visit adelah Teluk Batik.
Tappi hari Ahad tu kan harus lah penuh.. so, bawak je lah bebudak ni main pasir..



 
Sian x boleh nak mandi
Dok la berdua tepi tu main pasir. Pastu dah gaduh pulak.. jom balik le jawabnya

Petang tu, pi kutip buah pulasan kat kebun my uncle

Rajin budak kenit ni, yang ijau pun dikutipnya

Si Dhia ni pun sama menyibuk jugak

Papa ajar camne nak petik, kalo x, mau dipatahkan sedahan pokok tu

Train anak berkebun masa kecik.. Dah beso nanti leh beli kebun sendiri..
Mak nya dok bawah pokok melantak je.. hahahaha

~Spending the 4 days @hometown~

Balik kampung masa cuti Krismas.. perjalanan adelah jem sepanjang melalui K. Selangor, Sekinchan, Sg. Besar, Sabak Bernam..

Ni notes Ayin masa i tengah siap nak keluar umah.. dalam kete dia tunjuk ni

Malam2 ni le keje Farra..

Kutip kelekatu, cabut kepak

Sumbat dalam bekas. Nampak tak sayap2 tu bertaburan.. hihihi

Pastu boring2, abah ajak gi lepak mamak

Harus lah budak ni yang paling hepi kannn....
Nampak gaya rezeki malam tu jumpa kawan baik Hubby, dia blanje.
Tima kasih Abg Ayen.. hehehe

~Happy New Year People~

Walaupun lewat 4 hari.. tapi nlom terlambat jkot nak wish Happy New Year to all of u.

Ok, tak banyak nak cerita sebab semalam baru start keje & being off from work since 24the Dec 2011. (Total 10 hari cuti weii... sampai nama bos pun x berapa ingat) wakakakaka

Anyway, just a quick updates on Ayin's condition... on 23rd Dec 2011 we went to KPJ Tawakkal for his brain scan (Xray).  Everything went well eventhough we spent almost a day at the hospital. Alhamdulillah, lepas jumpa Paed bernama Dr. Kishore, then pegi Xray, jumpa balik Paed... result semua ok. Takde fructure or internal bleeding yang memerlukan minor surgery. Lega...

Ni masa otw, Farra terpaksa tinggal sebelum buat perangai kat hospital

Ni masa nak breakfast

Ni kat Paed Clinic

Ni masa tunggu turn X-ray

Ni masa tunggu result

Dia still aktif mcm biasa.. tapi semua pakat tegur, kenapa nihh??
Sebab benjol tu masih obvious sgt..
Settle lepas hampir sehari suntuk kat hospital.. sudahnya i x pegi keje.. huahuahuaaa