Thursday, April 22, 2010

~Dah la tgh sakit nak bersalin, dicabul pulak!!`~

Petikan dari Harian Metro

Wanita perlu sentiasa ditemani mahram


2010/04/22 KUALA LUMPUR: Wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan persekitaran dan perlu ditemani mahram terutama ketika perlu berjumpa seseorang lelaki secara peribadi biarpun doktor yang merawatnya, supaya tidak mudah menjadi sasaran 'manusia pelik' yang mempunyai nafsu luar biasa.
Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita perlu sentiasa peka dengan persekitarannya dan tidak mudah mempercayai orang, apalagi yang membabitkan tubuhnya.
Beliau berkata, ini kerana ada lelaki yang mempunyai nafsu pelik yang pelbagai, dikenali sebagai 'fetish' atau 'voyeur', dan mereka hanya merasa puas secara seksual selepas mengintai perlakuan atau melihat barangan peribadi milik wanita.
Katanya, ada pelbagai minat seksual yang kadang-kala wanita tidak terfikir, antaranya ada lelaki terangsang apabila melihat wanita mengandung, wanita berpakaian jururawat atau pramugari dan tidak kurang pula boleh terangsang apabila melihat wanita berlagak ala lelaki atau ‘tomboy’.
“Mungkin pelik pada kita tetapi ada lelaki yang melihat beg wanita pun boleh rasa terangsang, apalagi jika melihat pakaian dalam yang dijemur di ampaian.
“Ada pula yang melihat kasut atau stokin wanita pun boleh terangsang, oleh itu wanita perlu sentiasa berhati-hati atau lebih baik ditemani mahram ke mana-mana supaya tidak menjadi mangsa lelaki yang bernafsu pelik seperti ini.
“Bukan setakat mencabul, malah ada rekod yang menunjukkan lelaki bernafsu pelik ini boleh sampai tahap merogol kerana tidak dapat membendung nafsu mereka,” katanya.
Beliau merujuk laporan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki yang menyamar doktor dan merayau di wad bersalin ketika waktu melawat, semata-mata untuk mencabul wanita mengandung.

Berita ni berkaitan dengan satu laporan semalam berkenaan wanita2 yang mengandung dicabul oleh seorang lelaki (di bilik bersalin) yang mengaku Doktor & mampu menghilangkan kesakitan bersalin dengan air jampi... sambil2 tu tangan dok mencabul wanita2 malang ini.. Memang kurang diajar betul!!
 
Oh, i green highlight nama tu sebab dia lecturer i dulu.. huhu.. i pernah sengaja failkan subject PGC (Principle of Guidance & Counseling) dulu sebab marahkan lecturer ni la (i tak pegi mid term exam, slamber je)..Next semester kena repeat balik & score B+.. haha. Anw, dia lecturer yg bagus tapi kalau student dtg lmbt, kena paksa duduk row paling depan & jadi mangsa.. (benci tau bile kena gelak oleh satu kelas.. tak pasal2 glamer free.. i malu.. dulu i ni pemalu gile uuu).
Tapi benda dah lepas.. i dgr KA pun dah tak mengajar di UIA lagi... Really miss the environment in UIA aka IIUM... Garden of Knowledge & Virtue..

No comments: