Friday, December 16, 2011

~Simple Dinner for a Lovely Couple~

Hubby still suffering from a bad bad tonsilitis..
But i guess his condition was better yesterday coz he started to talk.. haha
I prepared this for our dinner last night
Grilled potatoes & veges

Add mayonnaise & boiled egg
Yummies!

Haha... saja je kan letak title yang menggelikan. Kau ingat kau laki bini je lovely couple??
Anyway... tiba2 rasa nak share something dengan korang.. (kalau ade yang baca lah. Kalau takde, biarkan i bebel sensorang)
Sebenarnya, terus terang cakap, i & hubby bukanlah lovely couple seperti yang dinyatakan di tittle post ini. Kalau tak silap, i kenal hubby dalam penghujung 1999 ataupun awal 2000 (tengok tu, tarikh pun x ingat). Haha. Yang i ingat, i kenal dia secara kebetulan, masa tu i dah habis matrik UIA dan tengah semester break. Perkenalan yang tah macam mana bole jadi, secara kebetulan, masa cuti tu i lepak umah sepupu kat Seri Manjung.. then masa tu ade ekspo kat bekas tapak pasar malam Seri Manjung. Seingat i.. org tengah gile bertukar2 casing handphone. I pulak masa tu nak tukar bateri & casing sekali. I pakai SE T10..yg ade flip tu.. kaler purple.. haha...kebetulan Hubby kerja sementara dgn kawan baik dia. Bukak kedai aksesori handphone kat salah satu tapak ekspo tu. Ok lah, malas nak citer panjang.... dari kawan biasa, lama2 jadi tunang masa i dah 3rd year & at last, the wedding was held in 2005 (4 bulan lepas i grad).
There was so many ups and down sepanjang 12 tahun .. (i mean from 1999 sampai skrg). My husband bukanlah lelaki yang suka sangat perempuan yang gedik mengada2 & suka merajuk bagai. So, lesson learned.. (for me). Lepas setahun kawin & dapat anak, baru lah emosi i rasa stabil, tak lagi nak kecik2 ati x pasal2. Dulu i ingat lagi yang i suka tulis diary & hubby pulak suka curi2 baca. Huh, sudahnya i buat blog ni.. hah kau, bukan setakat dia.. semua kawan2 boleh baca (but not everything are recorded here). Buat blog ni banyak hati yang perlu dijaga so i banyak berhati2 bile menulis.
Ok, back to the topic "lovely couple"...
I am pretty sure that most of us sekarang ni ade FB kan kan kan??? (termasuk lah i)..
Kekadang tu.. i baca la status sesetengah orang yang claim husband dia lah yang paling baik di dunia... dia lah isteri yang paling bahagia di dunia...bla bla bla yada yada yada... Ok, that is Freedom of Expression.. HAHA. Lepas tu x berapa lama.. keluar pulak status, keluar semua masalah rumahtangga.. hentam itu, hentam ini, segala masalah semua nak cerita bagi orang baca.
Itu satu hal... ada pulak tu.. bergaduh dengan suami.. terang2 hentam kat FB, segala kisah dalam kain luar kain semua cerita... then.. x berapa lama.. bila dah berbaik.. tunjuk la semua pemberian suami tersayang.. i luv u lah semua keluar, amik gambar duduk atas riba, pegang segala pemberian mewah oleh si suami yang di kutuk bagai nak rak beberapa bulan lepas.
Bila i tengok semua tu.. i jadi insaf sekejap...
Maybe i was one of them.. satu ketika dulu yang kekadang lepaskan kemarahan kat suami atau family secara terang terangan. Ok, lesson learned... (tapi kalau berkias sekali sekala takpe kot :P)- peace!
Cuma apa yang i nak share ialah...
Perjalanan hidup kita panjang lagi.. sepanjang yang Allah rasa dia nak bagi peluang untuk kita hidup di bumi-Nya...
Hari ni kita boleh bermegah2 dengan apa yang kita ada.. tapi esok lusa??
Hari ni kita boleh bersedih dengan apa yang kita tak ada... tapi esok lusa?
So.. berpada-pada lah dengan semuanya.. harap2 i beringat dengan post yang i tulis hari ni. Sebagai manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dalam hidup seharian...banyak yang i kena improve, banyak yang perlu belajar dan masih banyak lagi kehidupan yang perlu ditempuh.
For marriage life... nak kata i bahagia sangat tu tidak.. nak kata menderita pun tidak... semuanya sederhana. Ada masa marah, ada masa gembira, ada masa tertekan, ada masa terasa hati...dah namanya perkahwinan, kau ingat Fairy Tale happily ever after??
Bila jadi macam ni... kalau dulu.. i banyak provoke hubby dan membentak2 dan melalak2...(ni kisah masa mula2 kawin dulu la)
Tapi sekarang ni.. bila timbul je semua yang negatif, i banyak memendam, fikir & share dgn org yg i percaya (sekadar untuk kurangkan beban fikiran). Then, i look at myself.. ada tak yang salah pada diri sendiri sebelum nak fikir salah dia. Lepas fikir semua & rasa perlu perbetulkan keadaan- i terus terang dengan cara paling baik. Nak terima, alhamdulillah, kalau still nak pertahankan jugak- terpulang.
Hidup tak selamanya bahagia dan tak selamanya derita... maafkanlah semua yang menyakiti kita...
so people, stop being too fancy about what u have today.. think about what if u lose it someday.
Lovely couple only happens in the lovely potraiture on the wedding day... kita perlu berpijak di bumi yang nyata :)
Kita claim paling bahagia.. tapi mungkin ada yang lebih bahagia daripada kita kat luar tu... Kita claim kita derita.. tapi.. ramai lagi yang lebih derita di luar sana..
Oh panjangnya isu kita hari ni ye... ok lah... tinggal 15 minit break Jumaat. Nak sambung kerja.
Happy weekend peeps!

1 comments:

Atiqah MoHez said...

betul3...kadang2 org yg buat statement 'bahagia' tu sbnrnye nk bg org jeles..nak bgtau yg hidup dia dah lengkap..hubby bg bunga awal2 pagi-rase bahagia-dialah yg plg untung didunia sbb ade asben mcm tu..ah,kwn2 kite nih kdg2 dpn je baik tp sbnrnye suke tgk org lain kurang dari dia supaya dia rs superior dr kite..
kdg2 saya pun terasa jgk bile setgh2 kawan2 buat statement mcm nak hentam kite scr halus..in the end saya rs agak depress therefore saya tutup account sbb saya rasa cukuplah saya x nak tambah dosa dgn rasa saya manusia plg loser dlm dunia..lgpun manusia nih bile susah kacau kite mintak tolong..bile senang? ptuihh!
plus kwn2 yg lain tu suke bace statement2 kite so that dia boleh ngumpat2 blkg dgn member lain..mane ade org ikhlas kecuali mak sendiri..